SEPINTAS LALU PERJALANAN KOMISI KATEKETIKAL…
“Jika kita bercakap tentang Diosis Kota Kinabalu maka kita harus melihat sejarah awal Gereja Katolik di Sabah.” (DOPP ch. 1, 1.2). Sejarah awal gereja menunjukkan bahawa para Mubalig Mill Hill merupakan pembawa Khabar Gembira ke negeri ini. Mereka telah meninggalkan tanah air, keselesaan, jaminan hidup dan keselamatan mereka, dan mengabdikan diri mereka agar benih-benih iman Katolik dapat ditabur dan disebarkan. Pada masa kini, masih terdapat saudara-saudari yang menyedari akan misi mereka untuk mewartakan Khabar Gembira Yesus Kristus melalui kesaksian hidup mereka, manakala yang lainnya, secara sukarela, menyumbangkan kemahiran, masa, tenaga dan sumber-sumber lain terutamanya dalam bidang katekese.
Pada tahun 1979, dalam laporan komisi-komisi ke PERHIMPUNAN AGUNG PAX, ada tertulis kedudukan dan peranan KOMISI KATEKETIKAL PAX. Laporan itu mengatakan bahawa “ Peranannya adalah untuk ‘menggemakan’ Sabda Tuhan melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dijalankan yang memperkenalkan Wahyu Ilahi dan yang bertujuan untuk menyedar dan membangunkan iman.
Dalam kata yang lain, tujuannya adalah untuk MENYAMPAI dan MEMBANGUNKAN KEHIDUPAN KRISTIANI; kehidupan sedemikian memberikan kemuliaan kepada Tuhan dan manusia mendapat keselamatannya.” Laporan 1982 mengatakan, “Komisi ini ditubuhkan untuk melayani dan memberikan perhatian kepada keperluan Gereja tempatan di Sabah yang makin lama bertambah.”
Berikut adalah usaha dan tumpuan Komisi semenjak itu, melalui:
1. Seminar/Kem Kesedaran
2. Seminar dan sesi Mendalami Iman
3. Program Pembaharuan Kateketikal
4. Seminar dan Kursus Kateketikal
5. Belajar Agama melalui Pos
6. Katekese Dewasa
7. Pengalaman RCIA selama seminggu
8. Retret dan Rekoleksi
9. Mengadakan Perayaan Hari Guru
10. Liturgi Sabda Kanak-kanak
11. Program Animasi/Pembentukan
12. Memberi nafas baru kepada Sekolah Minggu, RCIA/CIC, Katekis
13. Menerbitkan buku-buku kateketikal yang sesuai untuk digunakan di Sabah
14. Dialog tentang Kurikulum MCC
15. Lain-lain
Kumpulan Sasaran adalah:
a. Guru-guru Katolik
b. Pelajar-pelajar Katolik dari Maktab Perguruan Gaya/Kent
c. Pelajar-pelajar Katolik (Sekolah Rendah & Menengah)
d. Ibu bapa (kanak-kanak yang bersedia menerima Komuni Pertama dan Penguatan)
e. Pembimbing Iman (Sekolah Minggu dan RCIA/IKD)
Penghargaan:
Di sini dirakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua terutamanya mereka yang telah menyumbangkan tenaga dan bakti pelayanan yang tak terhingga kepada Diosis dalam bidang kateketikal.
Tahun 1977 – 1994
Bro. Charles O’Leary, fsc, Fr. Thomas Makajil, Fr. Tobias Chi, Fr. Cosmas Lee, Fr. Louis Kessels, Bro. Justin Mobilik, fsc, Bro. Herbertus Gompuk, fsc, Sr. M. Cecilia Liew, fsic, Sr. M. Stella Chin, fsic, Sr. M. Bernard, fsic, Sr. M. Genevieve Nicholas, fsic, Sr. M. Imelda Angang, fsic, Sr. M. Jane Sandalun, fsic, Sr. Grace Deosing, fsic, Sr. Cecelia Liew, rgs, Mr. Clement Kasimir, Mr. John Tham, Mr. Siow Siew Sing, Mr. John Lainsin, Datin J. Yee, Mrs. Sue Jayasuria, Ms. Caroline Jerome, Bro. Egbertus H. Severinus, fsc, Ms. Theresa Gumpodo, Mr. Edwin Tai, Mr. Albert Thien, Mr. Fidelis Sipangkui, Sr. Rosalie Lojiu, fsp.
“Semoga Tuhan Memberkati Anda Sekalian’
MENGGIATKAN SEMULA KOMISI KATEKETIKAL…
Pada bulan September 1997, setelah lelap selang selama lebih kurang dua tahun, Yang Mulia Bapa Uskup Datuk John Lee, telah melantik Sr. Grace Deosing, fsic untuk mengetuai Komisi Kateketikal.
Dalam pertemuan pertamanya dengan Tim Komisi yang baru, Bapa Uskup John Lee telah memberitahu sejarah ringkas Komisi dan meluahkan harapannya agar Tim Komisi yang baru dapat menghasilkan sesuatu yang konkrit untuk menyusun semula Komisi Kateketikal. Bapa Uskup juga menggalakkan para ahli agar tidak merasa serba kekurangan dalam perihal menjalankan tugas kerana yang penting adalah kesanggupan untuk meluangkan masa mereka dan menangani perihal kateketikal bersama.
Kewujudan Pejabat Kateketikal Diosis telah banyak membantu dalam kerja penyelarasan bidang kateketikal di paroki-paroki. Semua paroki telahpun menubuhkan Komiti Kateketikal mereka dan berhubung terus dengan Pejabat Kateketikal Diosis.
Usaha dan tumpuan Komisi semenjak itu…program dan aktiviti:
1. Mewujudkan Tim Komisi Kateketikal (CCKK) dan Pejabat Komisi Diosis (DCO)
2. Mengukuhkan Komiti Kateketikal Paroki
3. Mengukuhkan perhubungan di antara CCKK dan Komiti Kateketikal Paroki
4. Perhimpunan Katekis Yang Pertama sempena Minggu Kateketikal
5. Mengumpul dan mengemaskinikan informasi/rekod
6. Menyelaraskan Sumber dan Program Kateketikal
7. Menyertai Persidangan Kateketikal Kebangsaan Yang Pertama – Johor Bahru
8. Persidangan Kateketikal Keuskupan Yang Pertama – KDCA/Golfview
9. Melawat Paroki-paroki
10. Program Pembentukan Iman Katekis
11. Menyertai Mesyuarat Komisi Kateketikal Malaysia (MCC)
12. Mesyuarat para Kordinator Kateketikal Paroki
13. Seminar Kateketikal
14. Retret untuk Tim CCKK
15. Sesi Doa Discernment untuk Tim CCKK
16. Jubli Katekis Tahun 2000 (JKT 2000)
17. Seminar Catechism of the Catholic Church I
18. Bengkel RCIA
19. Seminar Catechism of the Catholic Church II
20. Pengalaman Pra-Katekumen
21. Pameran SJD, Pusat Paroki Sacred Heart
22. Program Pembentukan Iman Berterusan untuk Katekis
23. Ahli panel dalam penyemakan terakhir dan juga menterjemah ke dalam Bahasa Melayu isi kandungan buku kateketikal “Buku Pelajar” dan “Panduan Katekis”, yang akan diterbitkan oleh Komisi Kateketikal Malaysia (MCC)
24. Perhimpunan Kateketikal Diosis Yang Kedua
25. Lain-lain
Anggota Tim Komisi Kateketikal, 1997 – 2004
Sr. Grace Deosing, fsic (Kordinator)
Kumpulan Pertama:
Stephen Lee, Joseph Lee, Aloysia G. Moguil, Helena Fong, Martina Voo, Stella Yong, Neil Mah, Hermes Sikajat, Melvin Ejot, Matthew Liow, Richard Angkis, Levita Michael.
Kumpulan Kedua:
Levita Michael, Terisah Antonih, Beatrice Foo, Catherine Wan, Jennifer Anjek, Stephen Kuin, Hermes Sikajat, Neil Mah, Matthew Liow, Richard Angkis, Melvin Ejot, John Ansim, and Sr. Dariah Ajap, fsic & Sr. Calista Saliun, fsic (joined–2nd September 2002)
Kumpulan Ketiga:
Fr. Ambrose Atang (Pembimbing Rohani), Sr. Dariah Ajap, fsic, Sr. Calista Saliun, fsic, Levita Michael, Beatrice Foo, Catherine Wan, Jennifer Anjek, Stephen Kuin, Hermes Sikajat, Neil Mah, Richard Angkis, Melvin Ejot, Melissa Angus, Aloysia G. Moguil.
BACA artikal in dalam English