Perkongsian KEP-1

Raimah Jini @ Helena.

Shalom..sebelum mengikuti KEP, saya banyak dan suka becakap tapi cerita yg berulang-ulang. Sejak mengikuti KEP cerita saya lebih teratur dan menarik sehingga teman2 yg mendengar tidak merasa jemu malah mahu terus mendangar akan cerita saya. Cerita yg saya sampaikan ialah tentang penyalamatan dari Tuhan Yesus. Sebagai seorang Katekis saya lebih dapat memberi perkongsian yg sedikit peningkatan agak baik. Setelah mengikuti KEP inilah yg dapat membantu saya cara yg baik bagai mana mewartakan injil Tuhan.

Raimah@Helena

Luzitah @ Suzie Bte Augustine

Shalom… Pada mula saya mengikuti KEP ini, saya merasa tidak layak, namun melalui KEP ini saya telah mengalami pembaharuan iman saya, dan terutamanya selepas retreat saya mengalami suatu sentuhan roh kudus yang membentuk saya menjadi seorang peribadi yang dari kasar menjadi seorang yang berlemah lembut, dari seorang yang panas baran menjadi seorang yang penyabar, dari seorang yang tidak peduli telah menjadi seorang yang mempunyai hati belas kasihan. saya rasa bersyukur kepada Tuhan atas pekerjaan dan bimbingan Roh kudusNya dalam hidup saya hingga saat ini. Amen

Luzitah@Suzie
Spencer Solibun

Spancer Solibun

Shalom…
Saya Sangat bersukur kerana telah mendapat peluang untuk mengikuti KEP ini dimana telah banyak memberi input dan membantu saya bertubuh secara rohani.Ia menyedarkan saya akan tugas pewarataan kabar gembira ini bukan pilihan tetapi amanat yang Tuhan berikan kepada saya dan kita semua.atas kesedaran ini saya melihat bahawa banyak lagi yang harus saya perbaiki di dalam diri saya agar saya dapat membalas kasih Yesus dengan lebih sungguh.

Matius Mathew Gilbert

Matius Mathew Gilbert

Shalom..mengikuti KEP banyak pengalaman baru yang dipelajari dan mengubah pengalaman serta pendekatan yang lebih baik dari sebelum ini. Ia membuka peribadi saya lebih dekat kepada panggilan Tuhan sebagai pewarta dan banyak mengubah diri saya dari semua aspek rohani melalui perkongsian, keterbukaan dan mahu berubah.   Puji Tuhan atas kesempatan yang diperolehi dari KEP ini. 

 

 

 

 

Scroll to Top