Sesi Bersama Komisi Kateketikal dan Komiti Kateketikal Paroki St. Joseph Papar: “Mendengar dan Melihat”

Pada  31 hb Ogos 2022, satu progam Kateketikal iaitu  “Mendengar dan Melihat”  telah diadakan di Paroki St. Joseph Papar.

 

Program sehari ini telah diadakan untuk berhimpun bersama sebagai satu keluarga kateketikal paroki untuk saling mendengar dan melihat bersama pelayanan selama semasa pandemik dan sekarang.  Dengan harapan melalui program bersama Komisi dan Komiti Kateketikal  dapat memberi motivasi dan mengobarkan semula semangat para pembimbing untuk terus menghargai dan meneruskan pelayanan mereka terutama selepas pandemik.

 

Dalam sesi mendengar perkongsian dalam kumpulan, ramai pembimbing telah mengongsikan pengalaman peribadi dan pelayanan mereka semasa pandemik.  Ramai yang mengalami pengalaman yang sama terutama kesukaran untuk menghadiri Misa dan mengikuti aktiviti dan melayani di gereja yang mana masa pandemik tidak memungkinkan.  Mereka juga sukar untuk keluar melawati keluarga, umat lain yang mengalami kesusahan disebabkan oleh covid 19  dan yang paling menyedihkan apabila mereka kehilangan ahli keluarga masa pandemik dan kurang umat dapat keluar menghadiri upacara doa, dll. 

Walau bagaimana pun, Pandemik/C19 ini juga telah membawa berkat kerana selama lebih 2 tahun, suasana kekeluargaan telah menjadi akrab kerana semua ahli keluarga berada di rumah dan dapat berdoa bersama, mengeratkan lagi semangat kekeluargaan. Mereka juga dapat menghadiri Misa dan aktiviti kerohanian secara online.  Walau bagaimana besar cabaran, kesulitan dan masalah yang telah dihadapi oleh mereka, namun mereka bersyukur kerana iman mereka lah yang membuat mereka dapat menghadapi dan meneruskan hidup dan pelayanan mereka itu melalui doa keluarga, doa rosary dan membaca alkitab dan renungan2 yang di kongsikan dalam whatsapp.

Dalam sesi ini, dialog dan soal jawab  juga diadakan dimana  Paderi paroki Rev. Fr. Yip juga memberikan kata-kata galakan dan semangat kepada para pembimbing agar sentiasa menghidupi iman Katolik, tidak mudah putus ada dalam masa menghadapi masalah dan cobaan, tetapi sentiasa bersandar kepada Yesus sebagai Guru dan katekis utama kepada kita.

Program susulan akan diadakan terutama praktikal pengajaran PMG sesuai dengan masa sekarang memandangkan ramai pembimbing baru yang baru  mengikuti pelayanan ini.  Semoga para ibubapa juga terus dapat menghidupi peranan mereka di dalam keluarga sebagai katekis dan guru dalam membimbing iman anak2 dalam keluarga.

Oleh, cateomkk@gmail.com

 

Scroll to Top